PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Thu Jun 25, 2009 9:26 pm

Bahagian 1

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Berlatih untuk mendengar dengan baik.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang “berkualiti” terhadap isteri.

7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.

10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan “boleh” atau “tidak boleh” dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.

16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Thu Jun 25, 2009 9:27 pm

Bahagian 2

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu “I love you”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

6. Bila keluar out-station,telefon isteri untuk bgtahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan oranglain.

9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.

12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

16. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri dari anak-anak.

20. Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa—minyak wangi, jamu atau seumpamanya.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Thu Jun 25, 2009 9:27 pm

Bahagian 3

1. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.

2. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

3. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.

4. Belai isteri sebelum pergi kerja.

5. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

6. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.

7. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

8. Lakukan riadhah bersama isteri.

9. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.

10. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

11. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

12. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

13. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

14. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

15. Sentiasa lakukan ibadah bersama.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
Jenal Vulcan
B FULL
B FULL


motor : Kawasaki Vulcan 5000
email : jenal79@yahoo.com
Posts : 291
Join date : 2009-04-01
Age : 28
Location : On my bike

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Thu Jun 25, 2009 9:36 pm

bro,
postla petua untuk dapat "lesen besar" pulak.....

_________________
Back to top Go down
nicegurlz
LESEN L
LESEN L


Posts : 81
Join date : 2009-05-18
Age : 36
Location : Quantown

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Thu Jun 25, 2009 11:26 pm

bgsnyer petua....i like it....so rider sekalian....amalkan la spt petua diatas...nescaya aman bahagia rmhtangga.....
Back to top Go down
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Fri Jun 26, 2009 2:16 am

applicable for wife or wives who is or are good to their husbands only.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
eida
LESEN L
LESEN L


Posts : 92
Join date : 2009-04-08
Age : 35
Location : kuantan

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Fri Jun 26, 2009 9:06 am

ehemmmm ehemmmmm . bro u jangan buat waktu ni, nanti2 ekkkk sinchan sinchan
Back to top Go down
tpkclb
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 31
Join date : 2009-06-16
Location : Ktn

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Fri Jun 26, 2009 10:31 am

bagi isteri terhadap suami camner lak....
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 43
Location : Chini Timur

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Fri Jun 26, 2009 10:51 am

Petua bagi suami yang banyak isteri sama jugak ker??
Back to top Go down
Skinny Queen
B FULL
B FULL


email : skinny_queen@hotmail.com
Posts : 280
Join date : 2009-04-24
Location : PJ

PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Fri Jun 26, 2009 11:21 am

mmm....very ggod petua...applicable for wife or wives who is or are good to their husbands only?? Question Question yg x good xleh amalkan ker??saje tny je, mane tau dh ade calon nti bole gak dipraktik kan.... Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI   Today at 4:37 am

Back to top Go down
 
PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» L\F Heavy Duty Givi bracket for R150
» Luton box body for Hijet pick up.
» Big Red web-page is up
» For Sale: Factory Black LE wheels and 26" Baja Cross - 280 miles
» Suzuki King Quad 750 Service Manual

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA-
Jump to: