PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 H1N1 MAKIN SERIUS

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rahmatchini
B FULL
B FULL


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 43
Location : Chini Timur

PostSubject: H1N1 MAKIN SERIUS   Fri Aug 14, 2009 2:11 pm

sekarang ni MUSIM wabak H1NI......kes kematian semakin hari semakin meningkat...Sebagai bikers/ ketua keluarga/rakyat malaysia....... apa langkah yang boleh dilakukan oleh kita semua....bagi...mengawal wabak ni...Adakah dah cukup kalau bagi KMM saja yang selesaikan benda ni?....Babi ker puncanyer?....Any komen...
Back to top Go down
wolverine
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 35
Join date : 2009-07-27
Age : 35
Location : raub

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Fri Aug 14, 2009 5:12 pm

ini bala yang Allah turunkan untuk menguji umatnya...mgkin jgak ada kslapan pmimpin kte, Allah akan trunkan bala xkira ustaz ker penyamun ker smua terkena..sma2 la kte berdoa smoga Allah jauhkan musibah ini ke atas kte,family kte n sahabat kte serta muslimin n muslimat..... kadang2 tmbul gak persoalan, knapa masa SAS (slsema brung) abih smua ayam, unggas kena bnuh tuk mengelakkan penyebaran penyakit....tp knapa skrang H1N1 (slsema babi) xamik tindakan lak? knapa x hapuskan babi2 yang diternak tue? scratch scratch scratch

skadar pandangan sy...
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 43
Location : Chini Timur

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Fri Aug 14, 2009 9:25 pm

wolverine wrote:
ini bala yang Allah turunkan untuk menguji umatnya...mgkin jgak ada kslapan pmimpin kte, Allah akan trunkan bala xkira ustaz ker penyamun ker smua terkena..sma2 la kte berdoa smoga Allah jauhkan musibah ini ke atas kte,family kte n sahabat kte serta muslimin n muslimat..... kadang2 tmbul gak persoalan, knapa masa SAS (slsema brung) abih smua ayam, unggas kena bnuh tuk mengelakkan penyebaran penyakit....tp knapa skrang H1N1 (slsema babi) xamik tindakan lak? knapa x hapuskan babi2 yang diternak tue? scratch scratch scratch

skadar pandangan sy...

betul tu....nak panggil nama penyakit sebagai selsema babi pun tak boleh... kena panggil H1N1....sedangkan kes ini mula di kesan di ladang babi kat Mexico yang menyerang penternak babi di sana....Masa penyakit kuku dan mulut pun habis lembu orang kampung kena bunuh....tapi ....tak begitu for Babi.....tak paham.... Question @ Question
Back to top Go down
fendi vstar
B2
B2


motor : yamaha vstar 1100
email : fendi_mohd@hotmail.com
Posts : 162
Join date : 2009-04-12
Age : 43
Location : kuantam asal kelantam

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Fri Aug 14, 2009 11:12 pm

Sikit nak share info dgn u all bro...virus HINI nih ada kombinasi dari selsema burung, selsema babi ngan
campur plak selsema manusia. Wirus nih plak dah jadik pendamik yang mana senang2 jer boleh merebak
satu dunia...mengikut sejarah pendemik sebelum nih dah jadik tahun 1920'an....waktu tuh dekat
2 billion manusia mati satu dunia bro.....dulu bukan HINI....alah dia macam robot terminator gak gak...
wabak kali nih lebih advance dari dulu......so just imagine bro how serious we are ....cuma mungkin
kita tak ambik seriou jer benda nih...
Mungkin betul gak lah tuhan nak bagi manusia sedar ....apa yg pasti dunia nak makin uzur bro...
Back to top Go down
nicegurlz
LESEN L
LESEN L


Posts : 81
Join date : 2009-05-18
Age : 36
Location : Quantown

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Mon Aug 17, 2009 9:48 am

Artikel ni sy dpt dr blog isuhangat....


Adab bersin tambah rahmat, mampu elak penyakit
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh


Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.


Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

"Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu."

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

"Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan 'Alhamdulillah' tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan 'Yarhamukallah'.

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: "Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: "Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah."

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
Saya sekadar menyampaikan ilmu yang saya perolehi.
Di petik dari Berita Harian 13 Ogos 2009
Posted by Admin
Back to top Go down
wolverine
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 35
Join date : 2009-07-27
Age : 35
Location : raub

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Mon Aug 17, 2009 10:26 am

alhamdulillah trima ksh for that info...sma2 kte saling ingat mengingati semoga Allah menjauhkan musibah ke atas kte,kuaga kte dan saudara kte....amin..
Back to top Go down
macci's
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 26
Join date : 2009-08-18
Location : Kuantan, Pahang

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Tue Aug 18, 2009 4:06 am

its gettin vry serious ... the gov may declare national curfew...got this info at below link

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/17/nation/20090817103540&sec=nation

saya rasa utk kesejahteraan org ramai.. better lar..curfew pun ok ajer la..

we can see case are increasing... we have 4225(included 384 new cases) reported cases till now
vry sad whenever we hear children dying...
lets take precaution n create awareness to our fly members n educate our young ones on hygiene and personal care too..

mask.. hand sanitizer... and i suggest baby wipes too..

sediakan payung sebelum hujan... !!!
Back to top Go down
macci's
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 26
Join date : 2009-08-18
Location : Kuantan, Pahang

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Tue Aug 18, 2009 4:15 am

ader lagik nak tambah.... i read this recently..

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

i copied n pasted fr malaysiakini..at link below..
http://www.malaysiakini.com/news/110295

bukan tujuan mempanikkan semua.. but take note...
Back to top Go down
ladycrow
B2
B2


motor : ST 1100 / Yamaha Majesty
Posts : 198
Join date : 2009-06-21
Age : 26
Location : Kuantan

PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Tue Aug 18, 2009 8:26 am

Yes, u r right Ginny.. Curfew - Yes Yes boleh gua cutiiii...

By d way, thanks 4 d info ya Ginny cheers
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: H1N1 MAKIN SERIUS   Today at 4:39 am

Back to top Go down
 
H1N1 MAKIN SERIUS
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» New suspension coming from Makin Traxx
» MAKIN TRAX SUSPENSION RZR Standard Stock Replacement Spring Kit
» messing around with the new bead roller
» Progressive Shocks
» WARNING

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: KOPITIAM@BORAK KOSONG-
Jump to: