PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN   Tue Nov 03, 2009 12:52 am

20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya
dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan.
Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang
seharusnya kita ambil ikhtibar.Tidak dapat dinafikan ada terdapat
perkara-perkara yang terkena pada diri sendiri.Tetapi sebagai umat
ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain.
Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia,InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut
kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

pakat2 renung dan ambil ikhtibar deh...

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
amranelegan
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 14
Join date : 2009-08-02

PostSubject: Re: 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN   Mon Nov 09, 2009 10:39 pm

Semoga info info begini mendekat kan lagi kita dgn yg maha Esa dan memperbaiki sifat sifat kerohanian dalam diri masing masing.........
Back to top Go down
amranelegan
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 14
Join date : 2009-08-02

PostSubject: Re: 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN   Mon Nov 09, 2009 10:41 pm

Terhantar 2 kali.........
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN   Today at 10:26 am

Back to top Go down
 
20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» QQDEWA FREEBET IDR475.000 . BURUAN JANGAN SAMPAI KETINGGALAN !

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA :: BORAK APA SAJE-
Jump to: