PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 lawak jenaka

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
baby_manje
B2
B2


Posts : 120
Join date : 2009-05-12
Age : 37
Location : kuantan

PostSubject: lawak jenaka   Wed Nov 18, 2009 1:22 pm

mengenali pak pandir

Posted:

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik



budak cerdik flower

Posted:

Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

Eh hapa ini, macam pil laa...

Oh...inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik.

Budak itu pun makan, Erghk...rasa macam tahi la...

Haaa.. ngko sudah pun menjadi cerdik..Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku tak tau nak bezakan yang mana satu tahi kata budak yang satu lagi.



pantun lawak
guling
Posted:

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap



kisah seram si pemancing Evil or Very Mad

Posted:

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, Hish, sapa pulak yg gelak2 tu? bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.. affraid



20 cara untuk jadikan roommate anda gila Rolling Eyes Laughing

Posted:

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati horee...kau dah balik. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia Sepatutnya kau dah blah dah skrg

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 Tolong, kat mana aku berada ni? dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata Dah merebak... dah merebak!

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi sambil keluar menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata Tak lama lagi...tak lama lagi...

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, Siot betul, kalah lagi

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat Horee...!. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda... Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata Eh, kau rupanya...

10. Kata kat roommate Ada pesanan penting untuk kau. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap Eh...aku dah ingat. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding.... Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat mcm x nmpk apa2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...



Kapal Terbang fly

Posted:

Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer Everybody can fly.

Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu. Adik kelas apa?
Aku: Kelas ar
Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?
Aku: Oh masa dulu2 saya kelas sastera,n ak apply kelas sains tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari.
Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?
Aku: oh..ar ya..nape?
Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..
Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..
Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..

Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..
Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok..no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..
Aku: Kapal tak on lagi kut nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal.Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik? Ada masalah?
Pakcik : La. .patutlah panas sangat dalam kapal nie naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie..

Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku.. ...dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang



Jangan menyakitkan hati orang lain dengan menanye banyak kali

Posted:

pade satu petang yang indah berlaku lah satu perbualn antara abang dan adik.

Adik=haiwan ape ni bang(suara manja)

Abang=babi

Adik=haiwan ape bang

Abang=babi

Adik=haiwan ape bang

Abang=babi

Adik=haiwan ape bang

Abang=haiwan babilah,babi.babi tul adik aku ni

moral jangan mempermainkan orang dengan menanye soalan banyak kali



Hina sangat ke mamat nih Embarassed

Posted:

Kisah ni memang terjadi btul kat aku.

Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu... dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun gerak member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler... ..

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak... .mesti member aku soundnyer... .aku pun start tulis... ... .HALLOOO itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie... sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...

aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata HELLO... ..Aku tarik nafas aku pun jawab,HI. Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata I'M LINA MARLIANA .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum... ..

LINA : That is a nice card, untuk siapa?

AKU : It's for my friend, Dia nyer birthday tommorow

LINA : Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie... I hope you can help me

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong. Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member- member aku kat Jambatan tengah tuh... . aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk... . so Kita orang pi ler kat Lot 10 balik...


Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya

MEMBER : Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul

AKU : Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh HI LINA, sekali... ... ... ... ... ... .

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ... ..

KENAL KONON, SETAKAT KO LER... SEPULUH DIA BOLEH CARI, aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua gelak, aku blur... ...

Ada ker patut satu perempuan buat cam tuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham... ... . Adakah semua perempuan cantik macam nie

Mungkin kot... .Aku dah mula berfikiran negatif... tapi aku tetap suka kat dia... .sebab aku masih lagi pikir yang dia baik..

Bodoh ker aku ?

Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia... .dia tenung aku macam tak puas hati... . aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh..

Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam, member aku semua pun senyap... ... ... ak! u tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap... tengah aku dok tolong tuh..

tiba-tiba... ...

LINA : PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak... ..aku pun senyap

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie... ... ..

Check punya check, rupa rupa handbag dia hilang... . aku pun dah takut.

Security tanya aku, mana bag dia??

Aku : Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg

LINA: Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie

AKU : I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you

Aku dah panik... ... ..

AKU : Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri... apa masalah nie

LINA: Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri...

ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : Then what is this ? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi

LINA : Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa... .

Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku... . aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar... .aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI,

Itulah kata kata dia k... ... ... ... .

Dah tenat aku...

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku... . aku dah sedih giler.

Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : APA MASALAH NIE OK..What is your Name?

LINA : Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi

Manager : Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising

AKU : Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan

Manager : Lina, How sure are you, this guy took you handbag

LINA : Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil... ... sapa lagi... muka dia pun muka pencuri

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh... ..selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia .. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina,

Is this your handbag, Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang... ..semua okay... takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia... ... .

APA YG PATUT AKU LAKUKAN ??

Aku pun senyap, aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik... .

MEMBER : Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan

ABG AKU : Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa... dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati... .

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...

AKU : Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu... mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court

Manager : Dah lah tuh, dia silap.. dah lah tak yah kecoh kecoh

AKU : Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang

LINA : APa ko ingat ko bagus?? nak report aku... .. aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??

AKU : baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie

Manager : Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe

Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku... ..dia letak telefon.

LINA : Nah amik nie, aku mintak maaf... ... .

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... ... ... ... .

Dia terkesima..

Setakat RM300, ko ingat aku apa... ... . budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu..

Dia pun bengang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap... ... .

Aku amik cek tuh aku pun koyak... . aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan... .

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam... ... . banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

aku pun nak jugak amik...

so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla... ... tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia... .. aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku... ... ...


Oi..bangun oi... dah subuh dah nie... bngn p skolah

HAHAHA... MESTI SEMUA TENSENN... JGN MAREEE..melampau betul drama ni...

AKU JANJI SAPA YG BCA CITE NIH,AKU BLANJA MINUM AIR MASAK......
Back to top Go down
macci's
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan


Posts : 26
Join date : 2009-08-18
Location : Kuantan, Pahang

PostSubject: Re: lawak jenaka   Wed Nov 18, 2009 4:27 pm

yes... belanja kat cm lar nie.. chopper chopper sinchan
Back to top Go down
fendi vstar
B2
B2


motor : yamaha vstar 1100
email : fendi_mohd@hotmail.com
Posts : 162
Join date : 2009-04-12
Age : 43
Location : kuantam asal kelantam

PostSubject: Re: lawak jenaka   Wed Nov 18, 2009 5:39 pm

Aloooh lah..panjam nyer weh cerito....sakit mata2 kito nak baco.....
Back to top Go down
baby_manje
B2
B2


Posts : 120
Join date : 2009-05-12
Age : 37
Location : kuantan

PostSubject: Re: lawak jenaka   Wed Nov 18, 2009 6:55 pm

BUAT PENGTAHUAN SEMUA BABY_MANJE PUN X BACA Shocked ABIS... JULING MATA NIH NAK BACA SUM Suspect E.... HAHHAHAHA
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: lawak jenaka   Today at 10:27 am

Back to top Go down
 
lawak jenaka
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA :: BORAK APA SAJE-
Jump to: