PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 mati kerana ALLAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
baby_manje
B2
B2


Posts : 120
Join date : 2009-05-12
Age : 37
Location : kuantan

PostSubject: mati kerana ALLAH   Tue Dec 01, 2009 4:05 pm

Kalau anda pikir anda masih Islam bacalah...kalau tidak. .....Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa machine gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa machine gun .. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung .. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat
orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..
Back to top Go down
baby_manje
B2
B2


Posts : 120
Join date : 2009-05-12
Age : 37
Location : kuantan

PostSubject: KEKASIH AKU   Wed Dec 02, 2009 11:01 am

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Nak share tentang KEKASIH aku?? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA ) Penyayang sifatnya..caya lah..keh3

Betul ni, tak tipu punya!!..Pure cintalah nak dikategorikan tu..Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan..Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA direct!!! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan ??

Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni tak pernah nak sakitkan hati aku..Bila2 masa je aku boleh contact DIA..Yang seronok tu, sebab memang betul2 rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan ?..uhuk3..DIA tak kisah pun kalau aku tak hengat kat DIA,tapi rugilah aku..Sebab,kalau aku hengat dan contact je DIA, sure macam2lah aku dapat..

Tak kiralah, material ke spiritual ke emm memang kekasih sejati lah tu!!
Bila aku rindu kat DIA, baca je surat2 yang DIA bagi tu..Macam2 nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler lah masa tu..keh3..Ye laa, cinta bagai nak rak, tiba2 clash gitu je.. Tapi,kekasih aku yang ni,lain..DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust tu..Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jealous pun..ya ampun..xoxoxo


Cuma aku je yang jealous ngan DIA..Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA.
So,aku pun kenalah usaha betul-betul..chayoookkk galz..


Kata orang putih..what you give, you get back so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan ?..uhuk3

KEKASIH aku ni baik sangat2..Perfect Merfect!!..Mak aiiiiiiiiiiiiiii...

Tu yang kadang2 aku tengah2 malam area pukul 3 4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!! Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya billionaire millionaire dan ntah apa-apa naire lagi..Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support caya tak??..Kata adik angkatku si Samirul FOC je kak..keh3..Free of charge tapi aku tak sedap hati la..

Mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu kan ? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke, amik aje la pastu pandai2lah membalas budi. Itu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja cheewah!!..xoxoxoxo


DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu..
Sebab, KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc..


DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia..

DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.. Malu la sebenarnya nak cakap ni..Hhmm aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagipun, belum bersedia la tapi
KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti mesti jumpa..

Sekarang menghitung hari la aku ni..Tapi kecut perut gak!!..Takut!!..Aku mesti prepare awal2.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka..hhmmm..

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku kan ??..Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yang dia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!!..Ish!!..Rindu sangat2 dah ni!!..udah kangen banget!!..

KEKASIHKU,..

AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI.
WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA..


ITULAH KEKASIHKU..ALLAH S.W.T CINTA TERAGUNGKU....SEEKING FORGIVENESS



~ Ku MencariMu Allah, Mengharap Keredhaan dan Menagih Kebahagiaan Dari SINAR IMAN!!
Back to top Go down
 
mati kerana ALLAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» St Bernard's sashes

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA :: BORAK APA SAJE-
Jump to: