PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:00 pm

UNDANG -UNDANG BAGI PERTUBUHAN
KELAB PENUNGGANG MOTOSIKAL PAHANG (PAHANG RIDERS)

KANDUNGAN
FASAL 1 … NAMA
FASAL 2 … TEMPAT URUSAN
FASAL 3 … LOGO
FASAL 4 … TUJUAN / MATLAMAT
FASAL 5 … KEAHLIAN
FASAL 6 … BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
FASAL 7 … PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 8 … MESYUARAT AGUNG
FASAL 9 … JAWATANKUASA
FASAL 10 … KEWAJIPAN – KEWAJIPAN PEGAWAI
FASAL 11 … KEWANGAN
FASAL 12 … PEMERIKSA KIRA – KIRA
FASAL 13 … PEMEGANG AMANAH
FASAL 14 … TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 15 … PENASIHAT / PENAUNG
FASAL 16 … LARANGAN
FASAL 17 … PINDAAN UNDANG-UNDANG
FASAL 18 … PEMBUBARAN


_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:02 pm

UNDANG-UNDANG BAGI
KELAB PENUNGGANG MOTOSIKAL PAHANG (PAHANG RIDERS)


FASAL 1 : NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB PENUNGGANG MOTOSIKAL PAHANG (PAHANG RIDERS). Selepas ini disebut “Kelab”.

FASAL 2 : TEMPAT URUSAN
Alamat surat menyurat dan tempat urusan Kelab ialah di No 17, Jalan IM 10/4 Bukit Istana, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur atau ditempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Kelab tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 : LOGO
3.1 Rekabentuk Logo
Rekabentuk logo adalah bulat dan mengandungi dua warna latar iaitu putih di bahagian atas dan hitam di bahagian bawah. Ditengah-tengah logo pula terdapat tulisan Pahang Riders dan United On One Stand.
3.2 Makna dan Warna Logo
Warna hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Perkataan Pahang Riders merupakan nama Kelab ini dan pemilihan warna jingga melambangkan sifat bersemangat dan komited ahli Kelab terhadap Kelab ini. Manakala perkataan United On One Stand pula bermaksud ahli-ahli Kelab ini bersatu diatas satu pendirian dan merupakan motto Kelab.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: UNDANG-UNDANG BAGI KELAB PENUNGGANG MOTOSIKAL PAHANG (PAHANG RIDERS)   Fri Dec 18, 2009 2:03 pm

FASAL 4 : TUJUAN/ MATLAMAT
4.1. Untuk mewujudkan satu jaringan dan hubungan diantara kelab-kelab motosikal khususnya di peringkat negeri Pahang dan amnya di peringkat kebangsaan (Malaysia).

4.2. Mempromosikan sukan bermotor di dalam negeri Pahang dan amnya ke peringkat Negara serta membantu memajukan industri permotoran negara. Mewujudkan daya tarikan pelancong ke Negeri Pahang melalui aktiviti permotoran lasak, mencabar, mengembara dan lain-lain aktiviti sosial, sukan dan rekreasi dikalangan ahli. Menubuhkan satu yayasan sukan permotoran bagi mengadakan serta mempelbagaikan kemudahan dan latihan-latihan bagi ahli-ahli Kelab.

4.3. Mewujudkan kecenderungan masyarakat di Negeri Pahang dan Malaysia amnya mengamalkan semangat cintakan alam semulajadi Malaysia melalui aktiviti penjelajahan bermotor dikalangan ahli Kelab, mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan mengambil bahagian yang aktif ke tahap professional tidak mengira pertandingan atau aktiviti sosial, terbuka kepada ahli-ahli Kelab atau mana-mana kelab sukan bermotor yang bergabung dengan Persatuan Automobil Malaysia ( AAM ), Superbike Association Malaysia(SAM) dan Persatuan Sukan Kebangsaan Malaysia.

4.4. Mempertingkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental dikalangan belia dan remaja dan memupuk gaya hidup sihat, aktif, cergas, berdisiplin dan harmoni dikalangan ahli Kelab dan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti dan program-program yang akan dijalankan.

4.5. Untuk bergabung dengan mana - mana kelab dan pertubuhan lain yang mana membolehkan ahli menerima keselesaan dan kemudahan terjalin dan bekerjasama dengan masyarakat tempatan, pihak berkuasa dan kelab-kelab atau pertubuhan - pertubuhan berdaftar yang lain dalam menjalankan aktiviti Kelab.

4.6. Membeli, memajak atau sebaliknya menghuni atau memperolehi sebarang tanah atau bangunan atau lain-lain harta untuk tujuan Kelab dengan syarat mendapat persetujuan mesyuarat agung.

4.7. Menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tidak alih dan lain-lain kegiatan ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Kelab ini hasil dari penyertaannya di dalam mana-mana kegiatan ekonomi akan hanya digunakan untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Kelab. Tidak sebahagian pun wang atau keuntungan yang diperoleh itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Kelab. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Kelab ini.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:04 pm

FASAL 5 : KEAHLIAN
5.1 Keahlian ahli adalah terbuka kepada semua penunggaang motosikal 250 c.c keatas yang berumur 18 tahun keatas dan terdiri daripada warganegara Malaysia samada lelaki atau perempuan yang tinggal di Negeri Pahang.

5.2 Keahlian Kelab adalah terbahagi kepada tiga ( 3 ) kategori seperti berikut :

5.2.1 Ahli biasa

Terbuka kepada semua mereka yang layak seperti di fasal 5.1 di atas dan yang tinggal di Negeri Pahang.

5.2.2 Ahli Bersekutu

Terbuka kepada semua mereka yang layak seperti di fasal 5.1 di atas dan yang tinggal di Pahang. Mereka tidak boleh mengundi dan diundi dan kehadiran dalam mesyuarat agung tidak dikira sebagai korum.


5.2.3 Ahli Kehormat

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dari sebarang bangsa dan agama, lelaki dan perempuan yang dilantik dan difikirkan sesuai didalam Mesyuarat Jawatankuasa diatas jasa dan sumbangan besar kepada Kelab. Layak mendapat faedah dan keistimewaan sebagai Ahli Kehormat tidak boleh mengundi dan diundi dan kehadiran didalam Mesyuarat Agung tidak dikira sebagai korum.

5.3 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

5.4 Tiap-tiap permohon yang permohonannya diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah dibayar yuran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Kelab dan berhaklah dia sebagai ahli.

5.5 Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Kelab ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:05 pm

FASAL 6 : BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
6.1. Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :

Jenis Keahlian Bayaran masuk Yuran Tahunan

6.1.1 Ahli Biasa RM 10.00 RM 10.00
6.1.2 Ahli Bersekutu RM 10.00 RM 10.00
6.1.3 Ahli Kehormat Tiada bayaran Tiada bayaran

6.2. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum 31 Mac setiap tahun.


6.3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya selepas 31 Mac setiap tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya dan jawatankuasa akan menentukan kedudukan hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

6.4. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

6.5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi seseiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

6.6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:06 pm

FASAL 7 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
7.1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

7.2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan ahlinya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:06 pm

FASAL 8 : MESYUARAT AGUNG
8.1. Pengelolaan Kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

8.2. Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas satu jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang Kelab dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat oleh Jawatankuasa. Kerja –kerja mesyuarat agung tahunan ialah :

a. menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Kelab didalam tahun lalu
b. menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang, dan
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan didalam mesyuarat itu

8.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Kelab bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat tempat urusan Kelab.

8.5 Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan :

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
b. atas permintaan ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

8.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh
di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan mesyuarat itu.

8.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8.8 Fasal 8.1 dan 8.2 didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkandan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

8.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:07 pm

FASAL 9 : JAWATANKUASA

9.1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Kelab hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan kecuali Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang akan dilantik oleh Presiden :

Seorang Presiden
Seorang Timbalan Presiden
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
6 orang Ahli Jawatan kuasa Biasa

9.2. Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Kelab ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

9.3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan diatas kecuali jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dua (2) tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli didalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula selepas tempoh dua (2) tahun.

9.4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian Kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab mengikut dasar am yang tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak lebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

9.5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

9.6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu:

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu.

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak: dan

(d) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan didalam peringatan mesyuarat.

9.7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

9.8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua yang mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa malantik ahli lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9.9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Kelab.

9.10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:08 pm

FASAL 10 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

10.1. Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat dan semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai hak pemutus dan hendaklah beliau menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

10.2. Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaanya.

10.3. Setiausaha hendaklah menjalankan pentadbiran Kelab mengikut undang - undang dan hendaklah beliau menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Beliau bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, no kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Beliau hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

10.4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

10.5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab keatas ketepatannya.

10.6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:09 pm

FASAL 11 : KEWANGAN

11.1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimana pun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukunan oleh Mahkamah.

11.2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak melebihi RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank hendaklah diatas nama Kelab.

11.3. Segala cek atau kenyatan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Kelab.

11.4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

11.5. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik dibawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira –kira yang telah diauditkan hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Kelab.

11.6. Tahun kewangan Kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:10 pm

FASAL 12 : PEMERIKSA KIRA-KIRA

12.1. Dua (2) orang yang bukannya Pegawai Kelab boleh dilantik didalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

12.2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Kelab bagi mana-mana laporan kepada jawatankuasa.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:11 pm

FASAL 13 : PEMEGANG AMANAH

13.1. Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik didalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Kelab. Semua harta tetap kepunyaan Kelab akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust ).

13.2. Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Kelab dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Kelab.

13.3. Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada didalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaanya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik didalam mesyuarat agung.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:13 pm

FASAL 14 : TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

14.1. Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara tidak terkandung didalam undang-undang ini.

14.2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:14 pm

FASAL 15 : PENASIHAT/ PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/ Penaung bagi Kelab ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara lisan atau bertulis.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:15 pm

FASAL 16 : LARANGAN

16.1. Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Kelab :
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

16.2. Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau barang-barang atau mengambil peranan didalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;

16.3. Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak , atas nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan ;

16.4. “Faedah” seperti diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Kelab kepada mana-mana ahlinya.

16.5. Mana-mana orang tidak boleh memegang, menjadi penasihat atau pekerja Kelab ini jika ia telah hilang kelayakan berbuat demikian menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966.

16.6. Sebarang kutipan derma daripada orang awam hendaklah mendapat kelulusan pendaftar Pertubuhan dan pihak – pihak yang berkaitan terlebih dahulu.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Fri Dec 18, 2009 2:17 pm

FASAL 17: PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 18: PEMBUBARAN

18.1. Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

18.2. Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

18.3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

_________________
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS   Today at 4:34 am

Back to top Go down
 
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PAHANG RIDERS
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» new riders in hurricane wv
» Quadcrew Riders New years Ride
» Riders Discount
» GunRunner from Southern RZR Riders
» Southern Side x Side Riders on the trail at Winrock ( Video )

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: PENGENALAN-
Jump to: