PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 Keratan akhbar Metro Bikers in Islam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
zoomwinger
B FULL
B FULL


motor : Honda Goldwing 1500
email : zoomwinger@gmail.com
Posts : 239
Join date : 2009-04-01
Age : 36

PostSubject: Keratan akhbar Metro Bikers in Islam   Tue May 12, 2009 9:27 pm

KONVOI Bikers In Islam yang julung kali dianjurkan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Pahang (KMBTP), baru-baru ini membawa misi ikhlas mengisi Tabung Kemanusiaan Gaza ke seluruh daerah sekitar Pahang.

Misi disertai lebih 200 motosikal berkuasa tinggi dan klasik menjadikan ia program terhebat yang mendapat sokongan padu Yayasan Pahang.


Pengerusi program, Norhisyamudin Yaakob, berkata program Bikers In Islam mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada ahli (KMBTP) tetapi juga golongan remaja.

Menurutnya, daerah Kuantan menjadi lokasi pertama aktiviti mengisi Tabung Kemanusiaan Gaza membabitkan beberapa pusat beli belah.

Pelepasan konvoi berkenaan disempurnakan Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Sariah Saad.

Katanya, aktiviti memungut derma setiap Jumaat dilakukan di beberapa masjid utama di negeri ini termasuk malam amal Palestin membabitkan aktiviti ceramah dan persembahan nasyid.

"Selaku pengerusi penganjur Bikers In Islam, saya berbangga dengan penyertaan menggalakkan daripada semua ahli KMBTP seluruh negeri termasuk kumpulan remaja bermotosikal.

"Dengan mengibarkan bendera Palestin, konvoi singgah ke lokasi seperti pusat beli belah tanpa perasaan malu untuk mengedarkan Tabung Kemanusiaan Gaza," katanya.

Selepas Kuantan dan Pekan, konvoi Bikers In Islam akan bergerak ke Jerantut, Raub, Lipis dan Temerloh secara berperingkat sehingga program berkenaan selesai akhir bulan depan.

Norhisyamudin berkata, semua hasil kutipan akan diserahkan kepada Mercy Malaysia untuk kegunaan rakyat Palestin sebagai usaha membantu mereka yang di dalam kesusahan.

Katanya, sehingga kini lebih RM50,000 dikumpul hasil sumbangan orang ramai termasuk ahli kelab dan pihak penganjur mensasarkan pungutan sebanyak RM100,000.

Peserta, Shamsul Zumir Shahrir, berkata selain dapat beramal, program Bikers In Islam dapat menguji kesabaran apabila berhadapan dengan cabaran menunggang motosikal secara konvoi dalam perjalanan yang jauh.

"Peluang menyertai program Bikers In Islam ini begitu bermakna buat saya terutama membabitkan aktiviti memungut derma bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Gaza.

"Saya meluangkan masa semata-mata untuk membabitkan diri dalam program julung kali dianjurkan KMBP yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin," katanya.

Rakannya, Azahar Kassim, berkata kesedaran dan rasa insaf terhadap kesengsaraan ditanggung rakyat Palestin dapat dihayati dengan menyertai program berkenaan.

Menurutnya, program terbabit adalah antara usaha dapat dilakukan KMBTP untuk membantu meringankan kesengsaraan rakyat Palestin.

"Saya berbangga dengan sambutan diterima daripada masyarakat yang menghulurkan sumbangan ikhlas dan segala kepenatan menunggang motosikal hilang apabila tabung penuh berisi wang.

"Golongan remaja bersama motosikal 'kapcai' mereka turut menyertai program ini dan sedikit sebanyak menafikan imej liar yang dikaitkan kepada mereka sebelum ini," katanya.

Menurutnya, program itu dapat menyemai keinsafan seterusnya menambah keimanan dikalangan remaja yang turut sama tidak ketinggalan menghadiri ceramah agama yang dirancang pada setiap persinggahan.

Emel Artikel Cetak Artikel
Back to top Go down
http://zoomrider.blogspot.com
 
Keratan akhbar Metro Bikers in Islam
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Metro Prep
» Mike Schmidt - former Metro All-Star
» 1939 International Harvester Metro body van truck ad
» Saw These For Sale At Collectables In The Metro Centre.
» Autoramma Freak Bikers

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: ARKIB GAMBAR-
Jump to: