PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeCalendarFAQPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

Share | 
 

 Apit punye citer lagi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
zoomwinger
B FULL
B FULL


motor : Honda Goldwing 1500
email : zoomwinger@gmail.com
Posts : 239
Join date : 2009-04-01
Age : 36

PostSubject: Apit punye citer lagi   Mon May 18, 2009 3:06 pm

Apit pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Apit pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan m ena nyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Apit yg pekak!!!!
elephant elephant
Back to top Go down
http://zoomrider.blogspot.com
rahmatchini
B FULL
B FULL


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 43
Location : Chini Timur

PostSubject: Re: Apit punye citer lagi   Sun Jun 07, 2009 12:25 pm

punca Apik pekak ialah
1. tak korek telinga
2. asyik merempik superbike
3. kena tampar oleh nenek lepas jatuh moto ari tu...
Back to top Go down
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: kisah suami isteri...   Sun Jun 07, 2009 2:05 pm

TERI : Abg tau tak sy ni mcm radio?Mulut mcm speaker,tetek kanan sbgi volume dan tetek kiri sbgi tuner...
SUAMI : Boleh abg on kan radio ni tak?
ISTERI : Boleh aja bang..kan radio ni abg punya.
Si Suami pun trus menyentuh **** kanan isteri.
SUAMI :Tak bunyi pun..
ISTERI :Mcm mana nak bunyi..Abg blom cucuk pun 'PLUG'nye lagi...
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
rahmatchini
B FULL
B FULL


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 43
Location : Chini Timur

PostSubject: Re: Apit punye citer lagi   Sun Jun 07, 2009 2:07 pm

dtkcrow wrote:
TERI : Abg tau tak sy ni mcm radio?Mulut mcm speaker,tetek kanan sbgi volume dan tetek kiri sbgi tuner...
SUAMI : Boleh abg on kan radio ni tak?
ISTERI : Boleh aja bang..kan radio ni abg punya.
Si Suami pun trus menyentuh **** kanan isteri.
SUAMI :Tak bunyi pun..
ISTERI :Mcm mana nak bunyi..Abg blom cucuk pun 'PLUG'nye lagi...

HE he plug jangan tak plug...
Back to top Go down
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: LAWAK ORANG ASLI   Sun Jun 07, 2009 2:09 pm

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh
nai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
berkata:
"Panasnya dalam helikopter ini ...". Maka menjawablah salah seorang Orang
Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan
...kipasnya besar ...tapi di luar .."

HANDPHONE
Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin
orang asli mempunyai handphone .."Wah Tok Batin ...ada handphone ...ada
coverage ka dekat sini ...?"
Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya
handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada
coverage"

KONDOM
Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak,
tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya.
Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"
Jawab orang asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang
Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah
(khatankan) ..."

PETAI
Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki
yang bercadang membeli petai itu ... "Encik satu longok, RM1 sahaja. Tapi,
kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja."
Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"
Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ."

CUTI
Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang
berjumpa dengan manager minta cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu
balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu. Selepas 14
hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas.
Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"
Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu
cuti. Jadi dua minggulah ..
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Your name in japanese   Sun Jun 07, 2009 2:12 pm

Your name in japanese...try it.. what is your japanese name ?Take each letter of your name and substitute it with the japanese sound to right of the letter. Names might be kinda long.

A- ka * B- zu * C- mi * D- te * E- ku * F- lu * G- ji
H- ri * I- ki * J- zu * K- me * L- ta * M- rin
N- to O-mo * P- no * Q- ke * R- shi * S- ari * T-chi
U- do * V- ru * W-mei * X- na * Y- fu * Z- zi
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: RIWAYAT KENTUT...   Sun Jun 07, 2009 2:14 pm

1. Orang yang TIDAK JUJUR...orang yang bila kentut selalu menyalahkan orang lain.
2. Orang yang BINGUNG...orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang yang BERWAWASAN...orang yang tahu masa yang sesuai untuk kentut.
4. Orang yang SENGSARA...orang yang ingin kentut tapi takleh kentut.
5. Orang yang MISTERIUS...orang yang bila kentut,orang lain takda yang tahu.
6. Orang yang GUGUP...orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI...orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang lantang.
8. Orang yang SADIS...orang yang kentut di dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.
9. Orang yang PEMALU...orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.
10.Orang yang STRATEGIK...orang yang menyembunyikan kentutnya dengan sengaja ketawa terbahak-bahak.
11.Orang yang RAMAH...orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
12.Orang yang SOMBONG...orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan siap bercerita akan keharuman kentutnya.
13.Orang yang KELAKAR...orang yang bila ketawa sambil berkentut.
14.Orang yang TIDAK SIHAT...orang yang bila batuk,dia akan terkentut.
15.Orang yang ROMANTIK...orang yang memiliki bunyi kentut yang mendayu-dayu dan berirama merdu ketika sedang dating.

PESANAN PENAJA...
KALAU NAK KENTUT...KENTUT AJERLAH.JANGAN DISIMPAN.JADI BUASIR TUUUU....
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Lelaki Vs Perempuan   Sun Jun 07, 2009 2:20 pm

Kajian Menarik terbaru...

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt

Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

4 PERKARA DGN 40 PERKARA...JAUH BEZA TUUUUU!
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: PESANAN KHAS BUAT SANG SUAMI...   Sun Jun 07, 2009 2:24 pm

Pesanan Buat Suami
BILA ISTERI BERLETER!

Selepas makan malam bersama-sama dengan isteri dan anak-anak, kita pun seperti biasalah, mengadap tv atau komputer(berforum lah tu). Tersentak kita! apabila isteri lalu di belakang merungut-rungut kerana anak-anak kita tak mahu dengar cakapnya. Kita sabarkan telinga dengan alasan dah memang perangai anak kita tu begitu.

Tersentak lagi kita kali kedua apabila nama kita disebut-sebut dalam rungutannya itu walaupun sebutannya tidak sejelas pembaca berita buletin utama. Isu yang jelas dibawa oleh isteri kita semasa rungutannya kali ini ialah tuala mandi yang kita pakai tadi terjelepok
di atas katil, stokin kita bersepah-sepah di bawah sofa, misai dan janggut yang kita "trim" di depan cermin di atas meja "soleknya" itu
tidak kita bersihkan.... Kunci kereta kita baling aje di atas meja depan. Dia amat bimbang, besok pagi kita juga yang "hot" kelam kabut mencarinya kerana telah dibaling ke tempat lain oleh anak kecil kita.

Bagaimana boleh terjadi demikian?

Isteri kita sayang kepada kita. Dia amat perihatin akan tingkah laku kita. Dia mahukan kita menjadi seorang suami mithali baginya dan
anak-anaknya. Dia mahukan setiap tingkah laku kita boleh menjadi ikutan oleh anak-anaknya. Paling kurang dia akan menggunakan kebaikan tabiat kita semasa dia memberi nasihat kepadaanak-anaknya. "Baby, cuba ikut macam abah, dia gantung baju dan seluarnya dengan kemas di rak baju tu selepas balik dari kerja.Kan ke senang nak pakai besok pagi nanti. Tak le kelam-kabut sangat....ini macam kapal karam aje bilik ni "

Bagi diri kita pula, perangai dan tabiat masa kita muda-muda dulu atau semasa bermanja-manja dengan emak, masih kita anuti hingga
sekarang. Seperti contoh, baling saja uniform selepas balik dari sekolah. Bila pagi esoknya, senang-senang minta dari mak.Disebabkan mak kita dulu tidak bekerja, maka dengan lemah lembutnya dia cari dan berikan kepada kita. Sekarang, kita pun nak bermanja dengan isteri seperti mana kita bermanja dengan emak kita dulu lah tu. Kita baling saja baju, seluar, tali pinggang, stokin,kunci kereta etc.... di atas katil selepas balik dari kerja. Esok paginya kita mengharapkan kekasih kita itulah tolong carikan stokin yang kita baling semalam untuk kita. Waktu ni, dia pun sibuk juga nak streka bajunya, tudungnya (bagi yang kerja) nak mencari stokin anak-anak, cari pensil anak-anak etc..akhirnya kita tension dia pun tension.....

Jadi setiap kali dia berleter, semak diri kita... jika betul, kita ubahlah perangai. Akhirnya nanti, tiada poin lagi untuk dia berleter.... kita pula
yang rindukan leterannya, kita buat perangai lain yang dia tak suka, dia berleter lagi... Maka begitulah hidup berkeluarga... Sentiasa diuji. Hanya suami yang bersabar dan menguruskannya sebaik mungkin terhadap perkara yang dia benci terhadap isterinya itu
sahajalah yang mendapat kebaikan yang banyak dari Allah SWT. (Lihat An Nisa:19)

P.RAMLEE PERNAH CAKAP : SAPER TAK SAYANG BINI OOOOI...
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: CERITER LAWOK@KELAKOR...PART 2   Sun Jun 07, 2009 2:28 pm

PESAWAT

Di dalam sebuah pesawat yang sedang mengalami kerosakan enjin dan bakal menjunam ke darat. Di dalam pesawat tersebut cuma ada lima orang aje di dalamnya tetapi beg payung terjun kecemasan hanya ada empat saja.

Penumpang yang pertama berkata " Aku Hafiz Hashim, Malaysia amat memerlukan aku, kalau tidak macam mana nanti Malaysia nak menang All England lagi"? Lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pula berkata " Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Aku paling bercita-cita tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi Presiden" Lalu dia pun mengambil beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga pulak menyampuk " Ah...aku president Amerika Syarikat George W.Bush. Aku ada tanggungjawab berat untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula akulah President terpandai dalam sejarah Amerika. Orang Amerika mana yang hendak melihat aku mati?" Dia pun menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat pula, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. Katanya: " Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan nasib saya. Anak ambilah beg payung terjun yang tinggal itu dan terjunlah!"

Lalu budak itu pun menjawab" Pak Cik jangan bimbang, ada satu lagi beg peyung terjun untuk pakcik. President terpandai dalam sejarah Amerika itu tadi telah terambil beg sekolah saya!!!!?????"

**********************************************************************************************************
IMAM


Ada seorang pemuda yang bermusafir. Pada suatu hari beliau tiba di sebuah kampung pada ketika samar-samar senja. Ketika itu waktu Maghrib hampir tiba. Beliau mengambil keputusan untuk singgah di surau di kampung tersebut untuk menunaikan solat Maghrib.Terdapat beberapa jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat.

Si pemuda ini pun terus menukar pakaian dan mengambil wuduk dan seterusnya menyertai para jemaah untuk solat. Setelah beberapa ketika, si pemuda ini pun berkata "Bukankah dah masuk waktu ni... kenapa kita masih belum solat?" "Kita sedang menunggu Imam" sahut salah seorang jemaah. Setelah beberapa minit menunggu dan si Imam tidak juga muncul,maka si pemuda pun berkata "waktu dah nak habis, eloklah kita solat dulu".

Para jemaah bersetuju dan bersepakat untuk memilih si pemuda itu menjadi imam. Sebenarnya itulah kali pertama pemuda itu mengimamkan sesuatu solat, namun dek kerana segan, dia tidak beritahu jemaah lain. Beliau pun terus mengambil tempat imam dan memulakan solat.
"Allahhu Akbar", beliau memulakan takbiratulikhram dan diikuti oleh para makmum. Selepas itu beliau terus membaca doa iftitah. Kemudian, dengan suara nyaring beliau terus membaca, "Bismillahhirahmanirahim. Waddhuha. Wallai...". Tiba-tiba kedengaran makmum dibelakang menyahut'"Subhanallah!".

Beliau terus berhenti membaca dan berkat dalam hati," Mungkin bacaan aku tidak betul." Kemudian beliau berdehem sambil membetulkan anak tekak dan memulakan sekali lagi,"Bismillahirahmanirahim. Waaadhuuhaa. Wall...." Sekali lagi kedengaran makmum menyahut "Subhanallah." Beliau terus berhenti membaca dan berkata dalam hati lagi."Apa lagi yang salah? Mungkin aku perlu nipiskan lagi sebutan agaknya. Prihatin betul jemaah disini." Beliau kemudian memulakan sekali lagi dengan membaca,"Bismillahirahmanirahim. Waaaaadddhuuuuhaaaa. Wallai..." "Subhanallah!", sekali lagi makmum menyahut. Oleh kerana tidak berpuashati, si pemuda terus berpusing dan mengadap makmum dan berkata,"Kenapa! Apa salahnya. Apa yang tak betulnya?. Makmum pula serentak menjawab,"Fatihahnya mana!"
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: jawab jawab   Sun Jun 07, 2009 2:39 pm

saper leh jawab teker tekiy ni...memang sah dia genius.

1. Dalam banyak2 nasik..nasik apa yang takleh dimakan manusia n haiwan?
2. Dalam banyak2 sakit,sakit apa yang paling sakit?
3. Siapakah manusia yang paling 'kejam' di dunia ini?

Sekian sahaja.sampai ketemu lagi dilain waktu..adios
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 41
Location : kuantan

PostSubject: Cara Minum Yang Betul...   Sun Jun 07, 2009 2:55 pm

RASULULLAH S.A.W. bersabda maksudnya:*Jangan minum terus-menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya.*
(Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)

Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka :-
*selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.
*minum secara gopoh akan boleh membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu,adalah baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk ke dalam badan dengan lebih sempurna.
*begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air yang hendak diminum itu.
*Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat minum dengan sempurna.
*Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan menanti air itu sejuk terlebih dulu.
*Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:
*Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu.*
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
rahmatchini
B FULL
B FULL


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 43
Location : Chini Timur

PostSubject: Re: Apit punye citer lagi   Sun Jun 07, 2009 8:38 pm

SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dr suamiku."
"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.
"Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda.
"OOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer?" tanya temannya lagi.
"Bukan begitu,sebenarnya dia ke sana mencari aku!" jawab si ibu muda.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Apit punye citer lagi   Today at 12:04 pm

Back to top Go down
 
Apit punye citer lagi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lagi Attas...... ATTAS 2!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA :: BORAK APA SAJE-
Jump to: